Tuesday, 23 April 2019

Agihan LMTS Lancar, 829 Terima Manfaat

SHARE
Penerima LMTS mendapatkan baucar mereka di kaunter yang disediakan.

Oleh : Khairan Mat Jusoh

MARANG, 23 April –  Seramai 829 orang pemohon terpilih daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan menerima baucar Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) di Dewan Auditorium Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong merakamkan rasa terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan pengagihan baucar berkenaan.

“Kerjasama yang diberikan oleh kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Pengkalan Berangan membantu melancarkan pemberian ini dengan jayanya.
Sulaiman turut menyampaikan baucar LMTS kepada penerima.

"Para peserta juga menerima baucar masing-masing dan kita mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama ini,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di selepas merasmikan majlis tersebut.

Sebanyak 10 kaunter dibuka seawal jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang  bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pengagihan kepada penerima.

Dalam pada itu, beliau juga berharap  pemberian itu dapat memberi manfaat kepada penerima.

"Mudah-mudahan dapat memberi sedikit keselesaan kepada para belia menyambung atau mendapatkan lesen motorsikal dengan pemberian daripada kerajaan negeri, hasil daripada janji manifesto pada pilihan raya umum ke-14 yang lalu," katanya.

Sulaiman juga mengingatkan penerima supaya memanfaatkan pemberian LMTS dan lesen yang bakal diperolehi itu untuk tujuan kebaikan serta perkara yang mendatangkan manfaat.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: