Friday, 5 April 2019

800 Jemaah Solat Jumaat Bersama Sultan Mizan Di Masjid Ibadurrahman

SHARE
Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata. Foto oleh - Wan Luqmanul Hakim
KUALA TERENGGANU, 5 April - Hampir 800 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Masjid Ibadurrahman, Kampung Kuala Bekah, di sini hari ini.

Sultan Mizan, yang tiba jam 1.00 tengah hari, turut diiringi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali.


Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: