Sunday, 7 April 2019

55 Sukarelawan UniSZA Bantu Penduduk Bersihkan Tanah Perkuburan

SHARE


Oleh: Muhammad Syafiq Syakirin

MARANG, 7 April- Seramai 55 orang sukarelawan Komandor Kor Kesatria Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Gotong-Royong Perdana bagi membersihkan kawasan kubur Tok Nahu Kampung Batu 10, Bukit Payung.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah  berkata, selain dapat memelihara kebersihan kawasan perkuburan, menerusi aktiviti gotong-royong tersebut juga ianya dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dan komuniti setempat.


"Tahniah diucapkan kepada semua 55 orang Komandor Kor Kesatria (UniSZA) kerana dapat menghadirkan diri bagi sama-sama membersihkan kawasan perkuburan ini yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara pihak UniSZA dan juga masyarakat disini.

"Gotong-royong amat bagus jika dijalankan kerana dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita, di samping dapat membersihkan kawasan perkuburan ini dan tidaklah asyik duduk di rumah,” ujarnya.

Beliau berkata sedemikian ketika merasmikan Program Gotong Royong Perdana bagi membersihkan kawasan kubur Tok Nahu Kampung Batu 10, Bukit Payung, baru-baru ini.

.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: