Friday, 8 March 2019

Ziarah Eratkan Hubungan Pemimpin Dan Rakyat

SHARE

Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 8 Mac -  Kerajaan negeri melihat kerukunan hidup bermasyarakat terus subur dengan budaya  pemimpin bertemu rakyat.  

Program itu juga mendekatkan diri dan mengeratkan hubungan antara mereka. 

Serentak itu, Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) mengadakan ziarah empat keluarga yang diuji dengan penyakit kronik di Perumahan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Kampung Padang Nenas, di sini semalam.   

Isteri Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datin Anili Ramli mengetuai program ziarah tersebut bersama pegawai-pegawai wanita Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepuh.  

Salah seorang pesakit yang ditemui, Mohd Ripin Hassan, 56, berkata, beliau  menghidap penyakit strok kira-kira tiga tahun dan terus bersabar dengan ujian itu.  

Isteri beliau, Che Kembang Mamat juga menyatakan bahawa mereka terpaksa bergantung hidup dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk menanggung enam orang anak.  

"Dengan situasi ini dan dengan pendapatan yang sedikit,  hidup kami terhimpit dengan kemiskinan serta masalah penyakit.  

"Terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu kami khususnya Kerajaan Terengganu, " jelasnya ketika ditemui pemberita di sini.  
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: