Tuesday, 5 March 2019

Terengganu Catat Nilaian Eksport RM20.71 Bilion

SHARE
Tengku Hassan  beramah mesra bersama sebahagian usahawan yang hadir.


KUALA TERENGGANU, 5 Mac - Terengganu mencatatkan jumlah nilaian eksport tertinggi iaitu  RM20.71 bilion berbanding dua negeri lain di Pantai Timur hasil kerjasama 150 pemain industri di negeri ini sepanjang 2017.

Jumlah itu sebahagian daripada nilaian RM32.38 bilion eksport pelbagai produk yang dihasilkan pengusaha industri di negeri-negeri Pantai Timur di mana Pahang mencatatkan jumlah 8.47 bilion dan Kelantan pula RM3.2 bilion.

Bahan gas, petroleum, pelincir, bahan kimia,pelbagai barangan keluaran kilang, produk makanan dan kesihatan antara penyumbang utama nilaian itu mampu dicapai  Terengganu.


Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar berkata, oleh itu, pemain industri dalam bidang berkaitan perlu terus aktif dalam aktiviti eksport.

“Pelbagai pihak terutama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sedia membantu dari segi pemasaran, mengenalpasti dan mengatur pertemuan pembeli berpontesi dari luar negara serta maklumat lain mengenai perdagangan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pemberita selepas merasmikan Program Hari Eksport Terengganu, di Pusat Dagangan Terengganu, hari ini.

Katanya Terengganu sememangnya berpotensi besar untuk menjadi hub beberapa industri utama Malaysia. Contohnya industri mineral, minyak dan gas, silica, makanan, produk berasaskan ikan, getah dan durian ke luar negara.

“Peningkatan kehadiran pelancong ke negeri ini juga mendorong usahawan memesatkan keupayaan pengangkutan, sumber makanan, perhotelan serta industri berkaitan.

“Secara umumnya industri ini boleh dikategorikan sebagai ekpsort  yang berpotensi baik dari segi produk perkhidmatan untuk dipromosikan kepada pelacong asing,”katanya.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: