Monday, 25 March 2019

Tempoh Tujuh Minit, Lebih Tujuh Isu Dibahaskan

SHARE

KUALA LUMPUR,  26 Mac - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim mengemukakan lebih tujuh persoalan yang perlu dijawab Kerajaan Pusat dalam masa tujuh minit ketika perbahasan titah Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat kelmarin. 

Dalam ucapan perbahasan itu, beliau sempat menyentuh isu pendahuluan wang Terengganu untuk Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) bernilai RM1.85 bilion yang perlu dipulangkan dalam bentuk biaya hak negeri, bukannya projek yang memang di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. 

Beliau juga menyentuh isu Taliban dan kejayaan Terengganu menurunkan kadar jenayah indeks serta Kuala Terengganu sebagai kawasan paling gembira di Malaysia menurut Kajian Indeks Kebahagiaan Kebangsaan 2018.

Tambahnya, keperluan balai-balai polis baharu juga perlu diambil berat dengan fokus ketidakcukupan kapasiti Balai Polis Chabang Tiga, Manir dan Batu Rakit termasuk kereta peronda dan motosikal trafik.

Kerajaan Pusat digesa menaik taraf klinik-klinik desa di Kuala Terengganu sehinggakan ada insiden ibu mengandung terpaksa menunggu atas lantai.

"Saya juga ada menimbulkan mengenai masalah dadah yang membarah dalam masyarakat dan kekeliruan atas adanya saranan mengkomersialkan ganja.

"Turut disentuh isu nelayan di Chendering, Pulau Kambing dan Setiu berkait lesen pukat tunda untuk udang sementara di musim tengkujuh," jelasnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: