Monday, 18 March 2019

Surau, Tandas dan Pagar, Hadiah Untuk Pulau Warisan

SHARE


Oleh: Syed Abdul Rahman

KUALA TERENGGANU, 18 Mac- , Kunjungan dua hari  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ke Terengganu turut meluluskan peruntukan bagi membina surau, tandas dan pagar Terengganu, Pulau Warisan, di sini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar,Ahmad Shah Muhamed berkata,  jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Menteri kerana telah meluluskan bagi membina kemudahan penting itu.

Katanya, apa yang diluluskan itu merupakan harapan yang telah disuarakan sejak sekian lama daripada pengunjung dan peniaga yang mahukan keselesaan dan keselamatan di kawasan itu

“ Selain itu, turut diluluskan ialah tambahan 212 lot kedai di Pasar Payang untuk kemudahan berniaga di Bulan Ramadhan nanti ,”katanya ketika dihubungi oleh wakil media Urusetia Penerangan Darul Iman,  semalam.

Dalam lawatan ke Terengganu itu, Zuraida turut menghadiri perjumpaan dengan  Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan  menyempurnakan Kempen Keselamatan Kebakaran bersama Sedia Urus Suri Rumah (Suri) di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu di sini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: