Tuesday, 26 March 2019

Sumbangan, Pengorbanan Polis Dipandang Tinggi

SHARE

Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 26 Mac -  Sumbangan dan pengorbanan anggota polis di seluruh negara kepada masyarakat sangat dipandang tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, peranan penting itu sinonim dengan tema 'Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada' yang sentiasa memastikan kesejahteraan dan keamanan komuniti dan persekitaran terjaga.

"Masyarakat mengharapkan pihak polis untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan mereka.

"Di pihak polis pula memerlukan kerjasama, kepercayaan dan sokongan  masyarakat untuk bersama-sama memelihara ketenteraman dan keselamatan negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wakil UPDI sejurus selesai menyampaikan kek sempena Sambutan Hari Polis ke-212 di dua tempat berasigan iaitu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Rantau Abang, di sini, semalam.


Kunjungan beliau ke IPD Dungun, disambut oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Mohd Zohan Seman, manakala di PULAPOL pula, Komandan, Superintendan Mohd Zaini Mat Yusof.

Alias berkata, jelas sekali polis dan masyarakat tidak akan terpisah dan saling memerlukan dalam usaha memastikn keberkesanan pelaksanaan perundangan negara

Justeru itu, tambahnya, sebagai  menghargai dan meraikan Hari Polis yang disambut pada 25 Mac setiap tahun beliau yang mewakili masyarakat di DUN tersebut menyampaikan tanda terima kasih atas usaha murni pasukan keselamatan itu.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: