Monday, 18 March 2019

Sukan IPTIP 2019 Wasilah Erat Silaturahim

SHARE




Oleh : Muhammad Najib Ismail

HULU TERENGGANU, 17 Mac- Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi Islam PAS (IPTIP) berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara tiga institut pengajian tinggi (IPT) di bawah naungan parti itu.

Tiga IPT berkenaan masing- masing, Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI), Manir, Terengganu, Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) di Kuala Nerang, Kedah dan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar, Kuala Lumpur.


Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ismail Osman berkata, sukan bukanlah matlamat utama mereka berada di KUDQI, tetapi menjadi wasilah mengeratkan silaturahim sesama peserta.

“Dalam masa yang sama, janganlah kita lupa tanggungjawab sebenar kita seperti yang telah  diamanahkan oleh Rasullah SAW yang menyuruh kita agar menuntut ilmu dan berusaha untuk menyampaikannya kepada masyarakat sekeliling kita," katanya di Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Sukan IPTIP 2019 Kali Ke-2 yang berlangsung di perkarangan KUDQI, baru-baru ini.


Ismail juga mengingatkan penuntut dari ketiga-tiga IPT berkenaan dapat bergabung tenaga dalam usaha menyebarkan dakwah Islam sesama mereka sepertimana bekerjasama untuk memenangkan kumpulan masing-masing dalam acara sukan berkenaan.

Program ini berlangsung selama tiga hari bermula 14 Mac mempertandingkan lapan acara seperti bola sepak pasir, sepak takraw, bola tampar, memanah, bola jaring, badminton, pingpong dan catur.

Johan keseluruhan milik tuan rumah KUDQI, manakala naib johan pula dirangkul KIDU dan ketiga KUIZM.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: