Friday, 15 March 2019

Sekretariat PKAPKN Kunjungi Warga Uzur

SHARE

Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 15 Mac - Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN), Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali meneruskan rutin menziarahi penduduk yang uzur dan memerlukan perhatian pemimpin setempat.

Terbaru, dua keluarga di Kampung Baloh, Manir, menerima kunjungan Sekretariat PKAPKN  diketuai oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Wan Yusrizal Wan Shafi'i, hari ini.

Seorang pesakit yang dikunjungi, Wan Mohd Hanif Ahmad berkata, dia sudah mengidap penyakit buah pinggang hampir 10 tahun dan menerima ujian itu dengan penuh sabar.


“Saya terpaksa melakukan hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu di 'Nasional Kidney Foundation' (NKF), di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu,"katanya.

Dia yang berumur 63 tahun mendapat  bantuan sebanyak RM600 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu  (MAIDAM) untuk menampung kos pengangkutan berulang-alik ke NKF.

Dalam kunjungan itu, PKAPKN memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan bagi meringankan beban yang ditanggungnya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: