Sunday, 24 March 2019

Sambutan Israk Mikraj DUN Air Putih

SHARE

Oleh : Aminji

KEMAMAN, 23 Mac- Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Air Putih & Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Air Putih) berjaya mengadakan Program Kemasyarakatan Sempena Sambutan Israk  Mikraj Peringkat DUN Air Putih.

Pengarah Program, Dasuki Tahir berkata, objektif utama program itu bertujuan memupuk semangat kemasyarakatan antara penduduk setempat dan memperingati sejarah Israk Mikraj.

“Program ini berlangsung selama sehari bermula sejak pagi dengan bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Putih, Ziarah Kebajikan, serta Kuliah Maghrib sempena Israk Mikraj.

”Progran ini juga turut bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab.Razak Ibrahim menziarahi beberapa warga kampung Air Putih yang menghidap pesakit kronik” katanya.


Kemuncak program adalah Kuliah Isra’ Mikraj yang disampaikan oleh Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh.

Sementara itu, Ab. Razak yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Air Putih mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa pelaksana yang menjayakan program itu serta berharap ia mampu mengeratkan ukhwah silaturahim antara warga tua dengan muda.

“Selain daripada itu, kita sebagai umat Islam, wajib mengetahui sejarah perjalanan pemimpin kita iaitu Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan pedoman dan taulan kehidupan”katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: