Wednesday, 13 March 2019

RM60 Juta Kemudahan Sukan; Terima Kasih Kerajaan Pusat

SHARE


KUALA TERENGGANU, 13 Mac - Kerajaan negeri Terengganu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana menyalurkan dana sebanyak RM60 juta  bagi tujuan membina kemudahan sukan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, peruntukan tersebut adalah melibatkan pembinaan empat projek yang tertangguh termasuk pembangunan velodrom di Dungun.

“Yang pertama saya ucap terima kasih dan yang kedua insya Allah peruntukan ini melibatkan  banyak projek  dalam senarai yang telah pun diberikan oleh  menteri kepada saya,

“Melibatkan empat projek  semua sekali (iaitu pembinaan velodrom berbasikal  Dungun, pembinaan Kompleks sukan Hulu Terengganu, Pembinaan Kompleks Sukan Mini Jabi dan pembinaan Pusat Rekreasi Air Pulau Duyong),” jelasnya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Gotong- royong perdana Pasar Borong Gong Pauh pada hari ini.

Menurutnya, satu projek tambahan iaitu  Kompleks Sukan di daerah Marang telah diluluskan sewaktu Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman datang ke negeri Terengganu pada bulan lalu.

“Yang tu (projek tambahan) insya Allah kita  akan susulkan untuk menjadi  satu realiti. Dan saya berharap agar peruntukan sebanyak RM60 juta diagihkan secepat mungkin,” ujarnya.





SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: