Saturday, 23 March 2019

RM12 Ribu Angpau Untuk Tionghua Kuala Nerus

SHARE
Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 22 Mac – Sejumlah RM12,000 diperuntukkan sebagai angpau sempena Majlis Meraikan Warga Tionghua Peringkat Parlimen Kuala Nerus, semalam.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, setiap kaum Tionghua yang hadir ke majlis itu menerima RM100 seorang.

"Peruntukan itu sebagai tambahan daripada RM50 seorang yang diperuntukkan menerusi kerajaan negeri Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis di Dewan Ehsan, Felda Wilayah Timur, Tepoh, di sini.



Turut hadir, Pegawai Menteri Besar Terengganu Bahagian Perhubungan Antara Kaum, Dr Balachandran Gopal Krishnan, Penolong Kanan Pegawai Daerah, Fairul Hisham Mat dan pegawai-pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) dari Kuala Nerus.

Hampir 150 orang  tetamu di kalangan warga Cina dari Kuala Nerus hadir.

Dr. Khairuddin berkata, program itu diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara masyarakat Cina dengan pimpinan masyarakat di daerah itu.


Beliau juga berharap agar rakyat negeri Terengganu terus hidup aman dan damai walaupun berbilang kaum serta agama, selain saling hormat menghormati demi mencapai moto kerajaan negeri,  'Terengganu Maju, Berkat, dan Sejahtera'.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: