Wednesday, 6 March 2019

Pusat Khidmat Bergerak, JPN Turun Padang Dekati Rakyat

SHARE


Oleh : Dzakaria Mohd Salleh
Foto : Hidayah Azlin


SETIU, 6 Mac - Pusat Khidmat Bergerak Ahli Parlimen Setiu dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Terengganu bekerjasama turun padang bagi menyelesaikan masalah dan isu yang melibatkan penduduk dengan agensi berkenaan.

Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, program itu sebagai memudahcara kepada penduduk setempat berurusan dan mendapatkan khidmat nasihat secara terus dengan agensi terlibat.

"Alhamdulillah...kita buat program yang melibatkan komuniti masyarakat setempat bagi urusan permohonan untuk membuat kad pengenalan dan seumpamanya termasuk khidmat nasihat bagi mendapatkan kewarganegaraan.

"Ada (urusan) yang dapat diambil perjalanan dengan cepat dan ada yang memerlukan pemohon mendapatkan dokumen-dokumen lain daripada pihak Jabatan Imigresen," katanya di Kampung Oh, Jabi semasa ditemui sempena program itu, semalam.

Shahrizukirnain turut mengakui program perintis itu juga dapat menyelesaikan permasalahan rakyat yang mungkin berlarutan sejak sekian lama.

"Program ini tidaklah orang panggil semua permasalahan kita (rakyat) boleh diselesaikan hari ini juga tetapi ia sebagai satu program perintis dan akan disusuli pula program sama pada masa akan datang,"katanya.

Beliau berkata, program pertama yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen itu dijangka akan diadakan di DUN yang lain pula dalam Parlimen Setiu.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: