Wednesday, 20 March 2019

Pesakit kronik Terharu Terima Bantuan TDI

SHARE

Oleh: Pok Abbas

KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Bagi Nur Fadila Mohamad Rosid,33, yang mengidap penyakit buah pinggang menyifatkan tidak ada perkara yang paling membahagiakan apabila pihak kerajaan negeri mengembalikan kepadanya status penerima bantuan Tabung Darul Iman (TDI) yang sebelum ini telah dibatalkan beberapa tahun yang lalu.

Ibu kepada seorang anak tunggal yang berusia  11 tahun, meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada Kerajaan Terengganu kerana memberi semula bantuan TDI yang telah dihentikan sejak tiga tahun lepas.

“Alhamdulillah, kini saya terima semula bantuan dari Tabung Darul Iman, saya ucap ribuan terima kasih pada kerajaan baru kita hari ini kerana kembalikan semula bantuan yang telah dibatalkan dahulu yang sepatutnya saya dapat.

“Saya mempunyai penyakit Buah Pinggang yang kronik, Kencing Manis dan Darah Tinggi, malah menderita masalah kencing manis sejak 26 tahun yang lalu. Sekarang sedang menjalani hemodilisis selama sembilan tahun dan mempunyai suami seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan yang bekerja sambilan sebagai tukang urut,”katanya.

Dia berkata demikian ketika lawatan dan penyerahan bantuan TDI oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Ustaz Ahmad Kamal Ali yang turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti kampong (MPKK) Bukit Kecil, Amran Ali di Kedai Kopi Bukit Kecil milik Ibunya, semalam.

Nur Fadila berkata dia tidak mempunyai mana-mana punca pendapatan tetap selain bantuan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sebanyak RM300.00 sebulan dan terbaharu dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu berjumlah RM650.00 sebulan untuk kegunaan mereka sekeluarga termasuk kos perubatan.

“Setakat ini hanya menerima bantuan JKM dan MAIDAM dan dulu pernah mendapat bantuan Tabung Darul Iman tetapi hanya tiga tahun pertama dapat, kemudian bantuan tersebut dihentikan sehinggalah pada hari ini, saya mendapat kembali bantuan tersebut.

“Suami saya  yang OKU Penglihatan hanya mengambil upah sebagai tukang urut sambilan dan sangat berat bagi kami sekeluarga untuk menanggung semua kos harian termasuk kos perubatan saya hampir RM3,000 setiap bulan,”ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: