Wednesday, 6 March 2019

Pesakit Jantung Berlubang, Perlu Bantuan Segera

SHARE




Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 6 Mac-Adik Mohd Firdaus Wan Abdul Wahab yang disahkan menghidap penyakit  jantung berlubang dari sejak lahir memerlukan bantuan segera daripada  orang ramai bagi membiayai kos rawatan penyakit tersebut.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, penyakit yang dihidapi Mohd Firdaus  kini semakin kritikal dan dijangka menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dalam tempoh terdekat.

"Bantuan dan sumbangan kewangan daripada orang ramai sangat diperlukan kerana keluarganya  miskin, tengok keadaan rumah pun boleh roboh bila-bila masa, ayahnya tiada pekerjaan tetap, selain mempunyai tanggungan yang ramai.

" Jika diikutkan tahun ini dia akan berhadapan dengan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), dia mahu ke sekolah seperti rakan-rakannya yang lain, dalam keadaan sekarang, memang amat terganggu dan perlu sangat dibantu," ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, di Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Besi, di sini hari ini.

Katanya, dia memohon jasa baik mana-mana agensi, jabatan atau mereka yang dikalangan dermawan bantulah adik Firdaus untuknya mendapat rawatan yang terbaik di IJN

“Sesiap yang ingin menghulurkan bantuan boleh, memasukkan duit ke akaun Maybank, di atas nama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, nombor akaunya adalah 563091019428.

" Dengan derma dari dermawan-dermawan ini kita akan sampaikan kepada ayahnya, Wan Abdul Wahab Wan Manang dan semoga bantuan ini akan mampulah mengembalikan keceriaan kepada adik Firdaus,” katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: