Tuesday, 12 March 2019

Pendidikan Agama Atasi Masalah Gejala Sosial

SHARE

Oleh : Safwan Syakir

KUALA NERUS, 10 Mac – Gejala sosial di kalangan remaja semakin meruncing sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat malah secara tidak langsung memberi kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah remaja yang semakin sukar dibendung.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kurangnya  didikan agama kepada anak anak merupakan salah satu faktor utama permasalahan ini berlaku.

"Naluri manusia apabila tidak dipupuk dengan iman, ia akan terdorong  kearah kejahatan dan apabila ini terjadi maka berlaku lah masalah sosial seperti pergaulan bebas, penagihan dadah dan sebagainya.

“Kesopanan dan nilai murni yang sering diterapkan dalam diri setiap lapisan masyarakat khususnya remaja dilihat semakin hilang ditelan zaman. Hal ini berlaku berikutan perkembangan arus teknologi tanpa sempadan yang sedikit sebanyak telah menghapuskan warisan Melayu," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibi Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke 27 di Sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong, baru baru ini.

Hadir sama, Guru Besar SK Duyong, Ahmad Saiful Anuar Mohamed@Mohd Noor.


Tambah beliau lagi, cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa pada hari ini terlalu besar samada ancaman daripada dalam rumah dan di luar rumah.

“Ancaman dalam rumah seperti telefon pintar, televisyen yang banyak merosakkan minda anak anak kita tanpa menafikan ada juga kebaikan menggunakan teknologi tersebut jika ia diuruskan dengan baik.

 “Manakala cabaran diluar rumah ialah seperti pengaruh rakan sebaya yang mengajak kearah perkara negatif seperti lumba haram, pergaulan bebas dan seumpamanya,”ujar Dr.Alias.

Jelasnya lagi, ibu bapa tidak mampu untuk memantau anak anak mereka 24 jam namun pendidikan agamalah yang menjadi benteng untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara yang ditegah oleh agama.

“Kerajaan juga memandang serius isu ini dan antara inisiatif bagi membendung ia daripada terus menular ialah dengan mewujudkan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) bagi memupuk kefahaman Islam seawal usia kepada anak-anak,”katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: