Thursday, 7 March 2019

PAS, Abdul Hadi Nafi Bayar Clare

SHARE

KUALA TERENGGANU, 7 Mac - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hari ini menafikan dakwaan pihaknya membayar RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sebagai sebahagian daripada persetujuan penyelesaian saman Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di luar mahkamah.

Dalam laporan media sebelum ini, Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat yang cukup untuk membuktikan bahawa PAS ada membayar editor Sarawak Report itu sebagai penyelesaian luar mahkamah kes saman membabitkan kedua-dua pihak.

Katanya, dakwaan Presiden PKR itu tidak benar kerana tiada bayaran yang dibuat sama ada oleh PAS mahupun dirinya sendiri.

“Saya tidak bayar dan PAS juga tidak bayar, dakwaan itu tidak betul,” ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan tazkirah sempena Program Tazkirah Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman, hari ini.


Abdul Hadi berkata, PAS juga tidak melihat sebarang keperluan untuk pihaknya mengemukakan saman terhadap fitnah tersebut.

“Tindakan kita menjelaskan pada masyarakat apa yang sebenar dan perlu disedari PAS banyak penyumbang bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi orang bukan Islam.

“Kita juga tidak mahu habiskan masa dan duit dengan saman ini, cuma kita tangkis serangan fitnah melalui solat hajat,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: