Wednesday, 13 March 2019

MPKK Perlu Tahu Peranan Agensi Berkaitan

SHARE

Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 13 Mac- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu mempunyai pengetahuan tentang agensi serta jabatan yang berkaitan bagi memperkasa peranan dan fungsinya dalam masyarakat.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, langkah itu perlu bagi memudahkan MPKK mengenalpasti saluran yang betul untuk membantu masyarakat yang berhadapan pelbagai masalah dan juga memerlukan bantuan.

"Sebagai mata dan telinga kepada kerajaan, sudah tentu MPKK perlu mengetahui secara khusus dan terperinci mengenai jabatan atau agensi kerajaan, khususnya yang menyediakan bantuan kepada penduduk memerlukan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Maidam,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Agensi Kepada MPKK dan AJK Masjid, di Dewan Sivik Jerangau, semalam.

Turut hadir, Pegawai Eksekutif (Zakat) Pusat Urusan Zakat Daerah Dungun,  Abd Fattah Mamat;  Pegawai Pertanian Daerah Dungun, Nur Shazwani Mohd Salleh; Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Mohamad Noor Yusoh, dan Penyelia Cawangan Pusat Komuniti Desa Al-Muktafi Billal Shah (AMBS), Ghani Mohamad.

Ghazali bekata, taklimat yang diadakan itu merupakan salah satu cara untuk memberi pendedahan kepada MPKK berkaitan agensi kerajaan yang menyediakan bantuan dan maklumat tertentu kepada masyarakat.

"Dengan pengetahuan yang diperolehi menerusi taklimat sebegini, tiadalah MPKK yang baru dilantik akan buntu menerima pelbagai aduan dari masyarakat dan tahu jabatan mana perlu berhubung.

" Dan setelah tahu maka MPKK inilah yang akan menyampaikan segala hasrat, dasar dan polisi kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan kepada masyarakat," ujarnya.

Katanya, sesi soal jawab yang diadakan pada hari berkenaan akan lebih membantu mereka yang hadir untuk faham.

"Sebagai contoh, soalan-soalan yang ditanya amat berkait dengan pertanian kerana boleh dikatakan majoriti masyarakat Bukit Besi ini adalah petani.

"Justeru, program ini akan membolehkan setiap Pengerusi MPKK memberi maklumat yang tepat dan kemudian akan pergi sendiri bertemu dengan jabatan pertanian,” ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: