Tuesday, 5 March 2019

Mesyuarat Pertama ECERDC Lakar Perubahan Positif

SHARE
Mesyuarat ECERDC Bil 1/2019 dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA, 5 Mac - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama dua menteri besar negeri Pantai Timur lain semalam, menyertai Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) buat kali pertama di sini, dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Dr Samsuri menerusi status yang dimuat naik dalam facebooknya, menyifatkan mesyuarat tersebut sebagai melakar perubahan positif demi rakyat Pantai Timur.

Turut hadir, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Azmin Ali, Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan, Dato' Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang berkenaan.

Dari kiri Dr Ahmad Samsuri, Dato' Ahmad, Datuk Seri Azmin, Dato' Sri Wan Rosdy dan Lim Guan Eng hadir dalam mesyuarat pertama ECERDC di Putrajaya semalam.

Sementara itu, Dato' Ahmad dalam status facebooknya pula mengharapkan dengan adanya mesyuarat tersebut kerjasama atas semangat federalisme segala urusan pembangunan negeri di Pantai Timur dapat diteruskan.

"Semoga dipermudahkan segala urusan dan merapatkan lagi kerjasama yang berpaksikan semangat federalisme ini khususnya dalam soal pembangunan negeri-negeri di Pantai Timur. InsyaAllah," ujarnya.

Dalam pada itu Dato' Sri Wan Rosdy dalam status facebooknya juga berharap supaya mesyuarat itu mampu memberi manfaat kepada pembangunan dan ekonomi di Pahang.

"Semoga perkara-perkara yang telah dibincangkan pada mesyuarat hari ini (semalam) dapat memberi manfaat kepada pembangunan dan ekonomi di negeri Pahang, InsyaAllah," katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: