Saturday, 30 March 2019

MB Rasmi Golf Amal Terengganu Inc Classic

SHARE
Para peserta bergambar bersama Menteri Besar dan penaja sebelum kejohanan berlangsung.

PUTRAJAYA, 30 Mac - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hadir merasmikan Kejohanan Terengganu Inc Classic: Golf Amal Menteri Besar Terengganu yang berlangsung di Palm Garden Golf Club, IOl Resort, di sini, hari ini.

Beliau menyempurnakan perasmian berkenaan dengan melakukan pukulan Tee Off disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.

Hadir sama dalam acara berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Zainal Abidin Mohamed serta Presiden Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Naib Presiden Komunikasi Strategik Terengganu Inc, Suridah Supian memaklumkan, kejohanan tersebut julung kali diadakan bagi mengumpul dana amal untuk disalurkan kepada 10 badan kebajikan melalui pertubuhan Persatuan Isteri Wakil Rakyat & Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa').
Dr. Samsuri melakukan Tee Off sebagai gimik perasmian.

"Alhamdulillah, program ini sebenarnya sangat berjaya dari segi sambutan dan kami menerima penyertaan seramai 144 peserta terdiri daripada agensi kerajaan negeri, swasta dan individu perseorangan.

"Kejohanan ini turut mendapat tajaan lebih 50 penaja, antaranya PETRONAS, Concorde Group dan syarikat anak negeri seperti Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), Eastern Pasific Industrial Corporation Berhad (EPIC) dan Golden Pharos Berhad," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman.

Katanya, selain mengumpul dana, acara berkenaan turut menjadi platform menjenamakan Terengganu Inc di kalangan pemain korporat besar negara.


Kejohanan golf amal itu berlangsung selama sehari dan akan berakhir malam ini.

Dato' A. Rahman Yahya turut tunjuk kehebatan bermain golf dalam kejohanan amal Terengganu Inc Classic.






SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: