Sunday, 10 March 2019

Masyarakat Perlu Budayakan Amalan Jaga Kebersihan

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 10 Mac- Masyarakat perlu membudayakan amalan menjaga kebersihan bagi memastikan persekitaran dan penempatan sentiasa terjaga.

Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor berkata, mereka juga perlu dididik supaya cakna akan kebersihan.

"Kebersihan perlu dititikberatkan dalam masyarakat supaya kesihatan dan keselamatan kawasan yang didiami dapat dijaga.

"Oleh sebab itu masyarakat tidak boleh sewenang-wenangnya membuang sampah sarap di merata tempat. Gunakanlah kemudahan tong sampah yang telah disediakan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Program Gotong-royong Mega di Pulau Perhentian, semalam.


Program tersebut melibatkan beberapa buah agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Majlis Daerah Besut dan juga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pulau Perhentian.

Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Besut dan Kadet Amal Besut turut sama membantu bagi melicinkan perjalanan program terbabit.

Dr Riduan berkata, gotong-royong berkenaan bukan sahaja disertai oleh masyarakat setempat, malah turut menarik minat pelancong yang bercuti di Pulau Perhentian untuk turut sama membersihkan kawasan pulau itu.

"Kita mahukan Pulau Perhentian bebas daripada wabak penyakit yang berbahaya seperti denggi dan seterusnya akan meningkatkan lagi kehadiran pelancong-pelancong untuk bercuti di sini", ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: