Friday, 8 March 2019

Fokus Penubuhan SMA Di Batu Rakit

SHARE

Oleh: Zakaria Mohd Salleh

SETIU, 8 Mac - Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit kini dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah Sekolah Menengah Agama khusus bagi menjamin masa depan penduduk sekitarnya.

Pegawai Penyelarasnya, Ustaz Mohd Shafizi Ismail berkata, penubuhan sekolah itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membuka sebuah sekolah agama di setiap DUN.

"Alhamdulillah, DUN sudah ada Sekolah Rendah Agama (Darul Falah) di Pengkalan Maras, sekarang kita fokus mencari tapak untuk pembinaan Sekolah Menengah Agama (SMA).

"Kita fokus pada SMA dan ia termasuk di Pulau Redang kerana di sana tidak ada lagi (SMA). Apabila kita (PAS) ambil tampuk pemerintahan negeri, kita angkat cadangan ini," ujarnya.

Shafizi berkata demikian semasa merasmikan program agihan sumbangan barang keperluan kepada hampir 400 orang penerima terdiri dari nelayan dan penoreh getah di perkarangan Pusat Khidmat DUN Batu Rakit, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas janji dan usaha manifesto yang telah dilaksana dan bakal di lakukan oleh kerajaan negeri selepas 10 bulan memerintah.

Tegas Shafizi lagi, kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan bersama kerajaan pusat berkaitan pembinaan sekolah itu namun kerajaan pusat masih belum bersedia untuk menjadikannya realiti di pulau berkenaan.

Justeru itu, Shafizi berharap usaha penubuhan sekolah itu akan direalisasikan oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar  Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di DUN Batu Rakit.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: