Tuesday, 26 March 2019

Mahu Bertemu Belia - Wan Sukairi

SHARE
Foto oleh - Wan Luqmanul Hakim
Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 26 Mac - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berhasrat untuk bersua muka dengan puluhan ribu belia, termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman negeri demi menyampaikan hasrat dan kehendak kerajaan.

"Pada masa sama memberi peluang dan ruang yang lebih terbuka kepada golongan itu  untuk menyuarakan pendapat dan idea menerusi saluran yang tepat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Jelajah Belia Terengganu Sejahtera Peringkat Daerah Dungun, Dewan Arena Merdeka, di sini, baru-baru ini.


Menyentuh mengenai program yang diadakan itu, beliau berharap agar ianya bukanlah program yang pertama dan terakhir.

"Saya ucapkan syukur kepada Allah SWT di atas kejayaan penganjur mengadakan program Jelajah Belia Sejahtera Peringkat Daerah Dungun itu.

"Bermula daripada subuh tadi sehinggalah ke petang, pelbagai program telah pun saya sertai," ujarnya.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh pihak yang bertungkus lumus menganjurkan program berkenaan.


"Khususnya kepada Pegawai Daerah Dungun, tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari Majlis Belia Negeri Terengganu dan juga NGO yang ada dalam daerah Dungun.

"Matlamat daripada penganjuran ini akan dapat terhasil dan seterusnya mencapai matlamat yang kita inginkan bersama," ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: