Thursday, 28 March 2019

Kerajaan Negeri Cakna Anak Muda - Perantau

SHARE
Zakaria Hamzah (kanan).
KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Kerajaan Terengganu disaran agar memberi tumpuan yang penuh kepada anak muda untuk manfaat pada masa hadapan.

Perantau Terengganu, Zakaria Hamzah berkata, masalah sosial melibatkan pemuda sangat membimbangkan sehingga memerlukan suatu pantauan dan perancangan yang rapi.

Jelasnya, ini kerana belia merupakan aset bernilai dan perlu dicorakkan dengan acuan yang betul kerana mereka adalah pemimpin negeri dan negara suatu hari nanti.

“Kita harap supaya kerajaan negeri membuat program-program yang boleh mendekati anak-anak muda, dipanggil program kepemudaan.

“Kerana anak muda ini merupakan generasi (aset) masa depan, pimpinan masa depan, jadi kerajaan sebagai pimpinan ada tanggungjawab, bagaimana nak menangani isu-isu pemuda,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pada wawancara khas ‘Guane Gamok Perantau’ di Studio TV Darul Iman, semalam.

Zulkifli Ibrahim.
Sementara itu, seorang lagi panel, Zulkifli Ibrahim menasihatkan agar belia Terengganu memperbaharui kemahiran dan ilmu yang ada.

Ujarnya, keupayaan tersebut akan menjadi aset bernilai untuk membantu meningkatkan kecemerlangan negeri hingga ke tahap yang lebih tinggi.

“Buat anak-anak muda Terengganu, kena belajar ilmu lebih, dari segi agama dan sebagainya untuk jati diri masing-masing.

“Dan juga perlu memahami keadaan politik semasa, kerana kadang-kadang anak muda termasuk seluruh Malaysia masih kurang kesedaran tentang politik,” katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: