Tuesday, 26 March 2019

Keputusan Permohonan Lesen Motosikal Percuma April Ini

SHARE
Wan Sukairi beri komitmen umum keputusan LMTS.
KUALA LUMPUR, 26 Mac - Pemohon skim Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) Februari lalu dijangka menerima keputusan tersebut bermula 1 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, proses menilai kelayakan pemohon yang dilaksanakan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) akan selesai hujung bulan ini.

"Untuk makluman, lebih kurang 49,500 permohonan diterima dari seluruh daerah.

"Tetapi, kita memohon maaf kerana dengan peruntukan sebanyak RM7 juta, kita hanya dapat menerima 25,000 pemohon bagi tahun ini," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).


Beliau berkata demikian selepas sesi dialog sempena Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 peringkat zon selatan di The Katerina Hotel, Batu Pahat, Sabtu lalu.

Dalam majlis meraikan anak-anak Terengganu di perantauan itu, Wan Sukairi turut menyatakan kegembiraannya atas sambutan yang diterima daripada skim LMTS.

"Kita gembira apabila pelaksanaan manifesto ini mendapat sambutan hebat daripada para belia.

Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) rata-rata menyokong usaha kerajaan negeri laksana LMTS.
"Kepada pemohon yang tidak berjaya, boleh cuba lagi pada tahun hadapan dan jika keadaan mengizinkan, kita mungkin boleh mendapatkan lebih peruntukan untuk manifesto ini," katanya.

Untuk rekod, LMTS merupakan salah satu daripada 20 manifesto kerajaan PAS yang dijanjikan untuk  rakyat negeri Terengganu.

Sebanyak 12 janji manifesto tersebut telah dilaksanakan dan sedang berjalan secara berperingkat hanya dalam tempoh hampir setahun pemerintahan PAS di Terengganu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: