Wednesday, 13 March 2019

Kebajikan Masyarakat Tiong Hua Tidak Dipinggirkan

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 13 Mac- Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak akan sesekali meminggirkan kebajikan masyarakat Tiong Hua.

Katanya, walaupun masyarakat Tiong Hua merupakan penduduk minoriti di sini, namun kita tidak akan sesekali meminggirkan mereka. Mereka juga rakyat kita.


“Mereka (masyarakat Tiong Hua) boleh tinggal dan berniaga dengan aman di sini tanpa sebarang provokasi dan gangguan oleh kaum Melayu yang merupakan penduduk majoriti.

“Kebanyakan mereka bersama-sama masyarakat Melayu   mampu menghidupkan  Kampung Pekan Lama, Kuala Besut sebagai  pusat tumpuan  pelancong  dengan melakukan pelbagai urusniaga.

“Jika terdapat apa-apa bantuan yang layak diterima oleh mereka, kerajaan akan memastikan mereka mendapat hak sama rata tanpa sebarang diskriminasi,” katanya.


Beliau berkata ketika menyantuni serta menyampaikan sumbangan beras dan makanan harian kepada masyarakat Tiong Hua di Kampung Pekan Lama, Kuala Besut, semalam.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut, Wan Asriazwa Wan Husin danPengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pekan Lama, Tuan Norizaini Tuan Ismail.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: