Sunday, 3 March 2019

Hiburan Fitrah Manusia

SHARE


Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT, 3 Mac- Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor menyifatkan hiburan adalah fitrah manusia.

Walau bagaimanapun katanya, seseorang itu perlu mengikut garis panduan ditetapkan Islam bagi mengelakkan diri daripada terjerumus dalam hiburan yang melalaikan dan mendatangkan dosa.

"Disamping berhibur, kita juga selitkan dengan pengisian-pengisian rohani supaya dapat seimbangkan dunia dan akhirat.

"Penduduk Besut terkenal dengan hiburan Dikir Barat, jadi saya mengambik inisiatif dengan menjemput kumpulan Dikir Barat yang terkenal bagi meraikan penduduk di sini,’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Seni dan Dakwah Lestari 2019 di Kompleks Tahfiz Annur Alor Belanga, kelmarin.


Dr Riduan berkata, beliau mengharapkan program sedemikian dapat diteruskan lagi pada masa akan datang supaya penduduk dapat berhibur sambil lebih memahami agama Islam.

Program yang berlangsung selama dua hari itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk tempatan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung termasuk sembang santai bersama Mat Dan selain kuliah Maghrib bersama pendakwah terkenal tanah air iaitu Ustaz Azhar Idrus serta Daurah Kitab bersama Mudir Pusat Tarbiah Nurul Iman, Tuan Guru Adam Said.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: