Friday, 22 March 2019

Hampir 700 Solat Jumaat Bersama Sultan Mizan Di Masjid Wakaf Tapai

SHARE
Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata. Foto oleh - Khairan Asmawi
MARANG, 22 Mac - Hampir 700 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Masjid Wakaf Tapai, Marang, di sini hari ini.

Sultan Mizan, yang tiba jam 12.45 tengah hari, turut diiringi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali.


Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: