![]() |
Para peserta merakamkan kenangan sempena Kejohanan Badminton Tertutup Piala Penyelaras DUN Batu Rakit. |
Oleh: Helmi
Abdul Salam
KUALA NERUS,
17 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit bersedia menyumbang kepada pembangunan bakat baharu dalam bidang sukan untuk mewakili negeri di pentas
lebih tinggi.
Pegawai
Penyelarasnya, Mohd Shafizi Ismail berkata, amat penting bagi masyarakat
setempat untuk menyokong dan menyertai sebarang pertandingan yang dianjurkan di
peringkat DUN demi mencapai hasrat itu.
"Kita akan
berusaha menghantar wakil ke peringkat Kawasan dan Negeri bagi sebarang
pertandingan sebagai menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai
atlet cemerlang," katanya ketika berucap di Kejohanan Badminton Tertutup
Piala Pegawai Penyelaras DUN di Dewan Maras, semalam.
Kejohanan berkenaan
dianjurkan Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) DUN dengan kerjasama Department of Art, Culture and Sports (DACS),
sebuah pertubuhan di bawah naungan Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPKS) Setiu dan telah
berjaya menarik penyertaan hampir 40 pasangan beregu.
Hadir sama
dalam majlis tersebut ialah Penyelia i-MiTS DUN, Mohd Nazari Alias.
Shafizi dalam
ucapannya turut menyifatkan amalan bersukan dapat membina kekuatan dan
keyakinan dalam diri setiap individu.
“Melalui sukan,
kita dapat membina kekuatan minda yang merupakan satu perkara penting dalam diri
selain memberi keyakinan dalam menghadapi apa jua situasi, bukan sekadar berada
di gelanggang," katanya.
Beliau yang
hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang turut berpuas hati dengan semua pihak terlibat kerana
mengikut saranan kerajaan negeri supaya menutup aurat semasa bersukan.
Dalam kejohanan
tersebut, pasangan Sabri/Rahim dan Zamani/Hamdan berjaya menjadi juara bagi kategori
Terbuka dan Veteran. Masing-masing membawa pulang hadiah berupa piala pusingan,wang
tunai dan medal.
0 komen: