Sunday, 24 March 2019

Dr Khairuddin Rasmi Gelanggang Takraw RM20 Ribu

SHARE

Oleh: Nizam at-Takiri  

KUALA NERUS, 24 Mac - Sebuah gelanggang sepak takraw siap dibina di Kampung Bukit Datu, di sini Januari lalu hasil sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM20,000. 

Gelanggang itu telah digunakan untuk Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Datu dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato'  Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kelmarin.  

Dato'  Dr Mohd Khairuddin berkata, gelanggang yang baru disiapkan itu diharap dapat digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti sepak takraw dan sepak raga.  


“Aktiviti-aktiviti kesukanan ini bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang sihat, tetapi ia dapat memupuk perpaduan di kalangan masyarakat," jelasnya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan gelanggang takraw itu sekali gus menyampaikan hadiah kejohanan tersebut. 


Kejohanan itu telah berlangsung pada 15 hingga 22 Mac lalu dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang melibatkan 13 pasukan termasuk penduduk Kampung Bukit Datu dan Perumahan Bukit Datu.  

Turut hadir di majlis penyampaian hadiah itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukitt Tunggal, Harun  Salleh dan Pengerusi MPKK Bukit Datu, Mohd Refian Mamat.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: