Monday, 4 March 2019

Berhemah Guna Peruntukan Kerajaan

SHARE

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 4 Mac - Semua jabatan dan agensi kerajaan termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) digesa berhemah ketika menguruskan  peruntukan yang diberikan oleh kerajaan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri,  Alias Harun berkata, mengikut arahan baharu, hanya satu per tiga yang perlu dibelanjakan daripada peruntukan yang telah disediakan kerajaan.

"Kita bergerak dalam keadaan pengawasan supaya tak melibatkan 'shortage' bajet yang telah diperuntukkan.Itulah bagi pihak MPKK pun, walaupun nak mohon sesuatu, boleh memohon tetapi jangan kata, kita mohon lama doh tapi tak boleh-boleh lagi.

"Sebab ada arahan, peruntukan itu kita kena selaraskan baik-baik, kita tidak menggunakan semua, tetapi sepanjang enam bulan," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pengagihan Wang Ihsan, Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) Daerah Dungun di Pejabat Daerah di sini, semalam.

Turut hadir, Pegawai Daerah Dungun, Rosdi Awang dan Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.


Di majlis itu, seramai 26 keluarga yang terlibat dengan banjir di Seberang Pintasan dan Kampung Besol tahun lalu menerima sumbangan.

Alias berharap supaya penerima termasuk pegawai dan agensi yang terlibat menerima peruntukan seadanya, selain bersyukur dan sentiasa berdoa supaya Allah SWT mengurniakan hidayah taufik yang baik untuk mensejahterakan semua.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: