Friday, 29 March 2019

Belia Sambut Baik Hasrat Wan Sukairi

SHARE

Oleh : Dzakaria Mohd Salleh

SETIU, 27 Mac -  Kebanyakan belia termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman menyambut baik hasrat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah untuk menemui golongan itu.

Bagi Mohd Amri Mat Adek, 26, dari Pulau Redang kesediaan YB (Yang Berhormat) untuk turun padang tepat sekali sebagai manfaat bagi kedua-dua pihak.

"InsyaAllah bagi warga belia Pulau Redang kami yakin manfaat bersama akan diperolehi terutama dalam bidang pelancongan yang melibatkan belia khususnya," katanya sebagai mengulas perancangan Wan Sukairi untuk turun ke lapangan bagi menemui belia seperti dilaporkan portal Teganukita.net sebelum ini.

Menurutnya lagi, kesediaan Exco untuk bersemuka dan memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan idea secara terus amat dihargai dan bakal menjalin hubungan mesra  dengan rakyat.


Sementara itu, Rosli Abd Ghani, 37, dari Kampung Lingai, Batu Rakit turut berpandangan sama dengan menyifatkan hasrat Exco itu merupakan jalan terbaik bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah belia.

"Ini baru yang dinamakan wakil rakyat belia. Rakyat pun boleh tahu secara langsung apa hasrat dan kekangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam segala hal," ujarnya.

Pada 26 Mac lalu, Wan Sukairi ketika berucap di Perasmian Penutup Jelajah Belia Terengganu Sejahtera Peringkat Daerah Dungun berkata hasrat untuk bertemu belia itu adalah untuk memberi ruang kepada golongan tersebut menyampaikan hasrat mereka melalui saluran yang tepat di samping dapat mengetahui peranan kerajaan pada belia.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: