Sunday, 3 March 2019

Bantu Rakyat Kemaskini 'Online' Bantuan Sara Hidup

SHARE


Oleh: Khairan

MARANG, 3 Mac - Kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Pengkalan Berangan turun padang membuka kaunter untuk mengemas kini Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) menerusi atas talian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, inisiatif itu amat membantu penduduk yang tidak mempunyai kemahiran mengendalikan teknologi maklumat (IT).

"Kita menyarankan aktiviti atau program seperti ini diadakan di kawasan kampung yang tidak tahu pasal IT supaya tidak tercicir dari menerima bantuan ini,"katanya.


Sementara itu, Penyelia i-MiTS Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut, Rusdi Abdullah berkata, inisiatif itu bertujuan untuk mengelakkan daripada masalah tertinggal nama pemohon.

"Kita juga ingin memaksimumkan perkhidmatan kita kepada rakyat selain mendekati mereka dengan hal-hal yang seperti ini.

"InsyaAllah kita akan kerapkan lagi aktiviti seperti ini mengikut giliran kawasan masing-masing," katanya.


Menurut Rusdi, sebaik sahaja kaunter tersebut dibuka kira-kira jam 11 pagi di Kampung Sungai Serai, dua pegawai yang bertugas, masing-masing Tajudin Ibrahim dan Nasarudin Nordin dikunjungi penduduk untuk membuat membuat semakan dan kemaskini BSHR.

Kaunter tersebut akan dibuka sehingga petang ini mengikut sambutan yang dikunjungi oleh masyarakat di kampung itu.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: