Wednesday, 27 March 2019

Anak Besut Wakili Malaysia Dalam E-Sport

SHARE


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 27 Mac- Anak kelahiran Besut, Ikhmal Razali akan mewakili Malaysia dalam pertandingan E-Sport yang akan diadakan selama dua hari bermula 29 Mac ini di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Ikhmal yang bermain Permainan Pro Evolution Soccer (PES) sebelum ini telah banyak menyertai pertandingan E-Sport termasuk kejohanan di peringkat Negeri Pahang dan Terengganu yang mana dirinya telah mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh melahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang diperolehi Ikhmal sehingga dapat mewakili Malaysia ke peringkat Asia.


"Saya akan memberi sokongan penuh kepada aktiviti yang melibatkan orang muda selagi mana ia tidak membawa mudarat.

"Saya berharap Ikhmal dapat memenangi kejohanan yang disertainya sekaligus dapat mengharum nama Negeri Terengganu di persada antarabangsa,” ujarnya kepada pemberita selepas mengunjungi Ikmal dan keluarganya di Kampung Teluk Bayu, di sini, semalam.

Turut serta, Pembantu Hal Ehwal Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Hafiz Yusoff.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: