Tuesday, 12 March 2019

29 Pasukan Berentap Dalam Liga Bola Sepak Piala Penyelaras DUN Telemong 2019

SHARE



Oleh: Shahril Aswad


HULU TERENGGANU, 12 Mac - Sebanyak 29 pasukan akan berentap bagi merebut Piala Kejohanan Liga Bola Sepak 11 Sebelah Piala Penyelaras DUN Telemong bermula 14 Mac ini.

Pengawai Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu berkata, kejohanan itu menjadi acara wajib setiap tahun yang bermula sejak beberapa tahun lalu lagi  sebagai medan menghimpunkan golongan belia dalam aktiviti kesukanan.

"Namun pada tahun ini, beberapa penambahbaikan dilakukan termasuk mengubah format terdahulu daripada 9 sebelah kepada 11 sebelah.

“Antara objektif utama kejohanan ini supaya golongan muda di sini merasa diri mereka didekati, tidak dipinggirkan dan dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti berfaedah dan sihat,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita seusai mesyuarat penyelarasan kejohanan tersebut, di Kompleks Annur Kampung Pauh, semalam.

Mohd Safari berkata, kejohanan itu juga menjadi landasan kepada anak muda untuk mengembangkan bakat mereka dalam sukan bola sepak.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: