Sunday, 17 February 2019

YB Khuz Hadir Sesi Dialog KUB Terengganu

SHARE


Haji Nurkhuzaini (dua dari kiri) cuba memahat kayu dalam satu demonstrasi kesenian ukiran kayu di TTC. 

KUALA TERENGGANU, 17 Februari - Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman menghadiri sesi dialog Terengganu di Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera (KUB) di Dewan Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, di sini, semalam.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, KUB Negeri Terengganu merupakan siri ke-11, sebagai inisiatif dan komitmen MED untuk mendapat pandangan, idea serta maklumat pelbagai isu dan cadangan penambahbaikan bagi memperkasakan pembangunan usahawan tempatan.

Program yang dirasmikan oleh beliau itu dihadiri 500 orang usahawan daripada pelbagai sektor termasuk dari Terengganu dan Kelantan.

Haji Nurkhuzaini (dua dari kiri) diberi taklimat mengenai perusahaan cenderahati dari kayu di TTC.
Beliau turut melancarkan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Zon Timur, merupakan penganjuran pameran yang menghimpunkan produk atau perkhidmatan SDSI yang berkualiti dari seluruh negeri di Pantai Timur terutama Terengganu.

"Ini merupakan kali kedua MED telah menganjurkan program  SDSI selepas Lumut, Perak pada bulan Januari lalu," jelasnya.

Dalam satu kenyataan media, beliau berkata, terdapat pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk 96 pameran jualan yang melibatkan usahawan dari Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Selain itu, turut diadakan slot perkongsian ilmu seperti pocket talks, success story dan slot Selebriti Usahawan bersama Faizal Tahir dan Heliza Helmi.

Katanya, aktiviti 'business matching' sepanjang SDSI kali ini melibatkan padanan perniagaan di antara para usahawan dengan syarikat hypermarket berskala tinggi.

Haji Nurkhuzaini (tengah) diperjelaskan tentang perusahaan pakaian batik di TTC. 
"Program kali ini turut dimuatkan dengan aktiviti demonsterasi kesenian termasuk ukiran kayu, tenunan songket dan mencanting batik.

"Sementara segmen Malaysian Kitchen pula mempromosikan juadah makanan tempatan dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan," ujarnya.

Menurut beliau lagi, siri jelajah KUB akan diteruskan di Seremban, Negeri Sembilan pada 23 Februari ini manakala SDSI seterusnya akan berlangsung di negeri Sabah pada bulan Ogos ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: