Thursday, 28 February 2019

Tiga Komponen Utama Bentuk Diri

SHARE


KUALA TERENGGANU, 28 Februari - Tiga komponen utama dalam membentuk diri ialah membaca, memahami al-Quran dan belajar ilmu lain yang diperlukan dalam kehidupan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Prof. Madya Dr. Wan Mat Sulaiman berkata, bagi mencapai matlamat yang digagaskan kerajaan, rakyat perlu mempunyai keperibadian dan jiwa yang bersih.

"Kita tidak akan maju, berkat dan sejahtera kalau jiwa tidak dibentuk (dan) sahsiah dengan membentuk hati. Kita mahu lihat Terengganu bersih (rohani dan jasmani) datang daripada kita," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah dalam Program Bicara Murni anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Dr Wan Mat berkata, soal iman dan soal keyakinan adalah datang daripada hati dan bukan daripada akal.

"Kalau masih berlegar di akal  kita masih lagi tak turun kepada tempat yang sepatutnya kepercayaan, kita akan merasai sesuatu itu dengan hati. Hatilah yang akan mengarahkan segala anggota kita yang lain untuk pegangan (keyakinan kita) ketika itu. Itu kita lihat perbezaan antara akal dan hati.

"(Tetapi keduanya) tidak boleh dipisahkan akal memainkan peranan  untuk membentuk hati. Kalau kita mempunyai  daya pemikiran yang baik kita kita akan buat keputusan (yang baik) sendiri," tambah beliau.

Oleh itu, katanya, anggota utama yang perlu dijaga adalah hati sebagaimana kata ulama Yusof al-Qardawi iaitu hati ialah hakikat manusia dan tempat pergantungan diri.

Menurut beliau lagi, itu terbukti dalam satu hadis ‘bukankah di dalam jasad kamu ada seketul daging bila baik daging ini seluruh  anggota  tubuh badan kamu jadi baik dan hati baik seluruh anggota akan baik.

Tambahnya lagi, apabila rosak hati semua jasad kita akan rosak dan bukankah itu kata hati. Hakikat manusia itu ialah hati manusia.

“Kenapa kamu buat baik, kerana hati kamu baik. Kenapa kamu ambil rasuah, kerana hati menerima rasuah. Hati buruk, hati busuk, hati kamu rosak, tangan kamu rosak, tangan kamu ambil benda yang tak baik. Kenapa kamu pecah amanah, kerana hati kamu rosak. Kenapa kamu hasad kerana dalam hati ada hasad, hasad kepada manusia, tak boleh lebih sikit.

“Kenapa  kamu cinta kepada orang baik, kerana kamu nampak orang yang baik. Kamu suka kepada kebaikan. Tapi bila hati kamu rosak  kamu tengok kebaikan itu satu benda yang tidak baik bagi  kamu kerana kamu lihat sebaiknya,” ujarnya.

Menurutnya, perbezaan di antara hati dan akal ialah faham dan ingat tanpa memahami maksudnya serta menghafal. Manakala jika membaca sesuatu pula, hati akan berfungsi.

Beliau berkata, tahap ‘critical thinking’  mempunyai enam aras, pertama ialah membaca sesuatu dan cuba mengingatinya tanpa memahami maksud (remembering without understanding the meaning), kedua, membaca untuk memahami (remembering), ketiga, membaca kepada tahap `apply' (application) dan kemudian peringkat analisa serta diikuti (kelima) menilai, iaitu penilaian sesuatu benda  dengan (keenam) (mengolahnya) dengan olahan yang berbeza.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: