Saturday, 16 February 2019

Terengganu FC Seri 2-2 Dengan JDT

SHARE
Satu rembatan dibuat oleh pemain TFCI di kotak penalti gawang JDT semalam. TFCI seri 2-2 dengan JDT.
KUALA TERENGGANU,  16 Februari -  Terengganu Football Club I (TFCI) bangkit seri 2-2 dengan Johor Darul Takzim (JDT) setelah seri dan kecundang dalam dua perlawanan sebelum ini dalam aksi Liga Super Malaysia (LS3) ketiga. 

Bermain di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di sini semalam,  TFCI menjaring gol pertama ke gawang JDT melalui tendangan Khairul Azuan di minit ke 7 separuh masa pertama.  

Jaringan gol pendahulu itu kekal sehingga separuh masa pertama tamat.  

JDT mula menyekat di separuh masa kedua apabila penyerang kebangsaan,  Muhammad Safawi Rasid menundukkan penjaga gol TFCI, Suffian Rahman melalui sepakan penalti di minit 63.

Penyerang baharu JDT,  Diogo Luis Santo pula meledak gol kedua JDT menerusi tandukan yang menerjah pintu gawang skuad Penyu pada minit ke-69. 

Begitu pun, pemain pertahanan TFCI, Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri menyelamatkan maruah tuan rumah apabila menolak masuk gol penyamaan pada minit ke-90.  

Skuad Penyu hampir mencatat kemenangan namun jaringan pemain pertahanan, Nasrullah Haniff Johan pada masa kecederaan dibatalkan pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin kerana didapati offside.  
Irfan Bakti Abu Salim
Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan tamat,  Ketua Jurulatih TFCI,  Irfan Bakti Abu Salim berpuas hati dengan permainan anak buahnya dan menyifatkan mereka bangkit semula setelah seri dan kalah dalam dua perlawanan sebelum ini. 

“Fantastic Display daripada pemain-pemain saya pada malam ini (malam semalam)” ringkas jawapannya.

Irfan berpuas hati dengan kesungguhan semua pemainnya untuk bangkit dalam perlawanan ini dimana disiplin yang ditampilkan oleh setiap pemain TFCI malam semalam adalah sangat baik.
SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: