KUALA TERENGGANU, 4 Februari- Kerajaan negeri menyasarkan kira-kira 100 sekolah pondok milik
persendirian dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Terengganu berdaftar menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama
Terengganu (JHEAT) sepanjang tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,
Dakwah dan Penerangan negeri, *Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, berdasarkan rekod, sebanyak
60 sekolah pondok membabitkan hampir 10,000 pelajar dan 900 tenaga pengajar
beroperasi secara sah.
“Selebihnya iaitu hampir 40 sekolah itu akan
membuat pendaftaran sebaik memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan JHEAT.

Beliau berkata demikian pada Majlis Himpunan
Sekolah-Sekolah Pondok Negeri Terengganu, di Dewan Terbuka JHEAT, di sini, hari ini.
Mohd Nor turut memberitahu, wujudnya Rabitah mampu
menaikkan martabat, imej, menguatkan kepercayaan masyarakat dan mendorong
lebih banyak NGO membuka sekolah seumpama itu pada masa akan datang.
Katanya, fungsi Rabitah cukup penting bukan
saja sebagai suara kepada kerajaan negeri dan pusat untuk pelbagai kemudahan,
malah dapat membela kebajikan pelajar, tenaga pengajar dan ahli.
“Pada masa sama dapat menyatukan institusi
pengajian islam dalam pelbagai aliran sama ada agama dan integrasi, selain
mengadakan pelbagai program keagamaan.
“Sebagai contoh, kejayaan terbesar persatuan
itu mampu mengadakan kerjasama menganjurkan Program Ijtimak Pondok Dan Pusat
Pengajian Islam Terengganu yang menghimpunkan seluruh pondok dan sekolah agama
rakyat di negeri ini,” katanya.
0 komen: