Sunday, 24 February 2019

Sarapan Pagi Eratkan Silaturahim Jemaah Surau Istiqamah

SHARE


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 24 Februari- Jemaah Surau Istiqamah, Gong Pak Jin di sini mengeratkan hubungan silaturahim dan mengukuhkan semangat kerjasama melalui aktiviti sarapan pagi bersama-sama.

 Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali juga bekesempatan menyertai jemaah bersarapan pagi di kedai berhampiran selepas menyampaikan kuliah Subuh di surau berkenaan, baru-baru ini (20 Februari).


Beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra dan mendengar permasalahan yang dihadapi penduduk setempat.

Banyak persoalan, pertanyaan, rungutan tentang masalah kos hidup, ekonomi, politik semasa yang dikemukakan oleh warga Surau Istiqamah kepada beliau sepanjang pertemuan itu.

Kira-kira 50 jemaah telah mengikuti kuliah Subuh yang disampaikan oleh Dr Mohd Khairuddin pada hari berkenaan.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: