Saturday, 16 February 2019

Ribuan Peserta Ijtimak Siber Mula Membanjiri Dewan Berlian

SHARE

Sesi pendaftaran penuh sesak.

KEMAMAN, 16 Februari - Ribuan peserta Ijtimak Siber 2019 mula membanjiri Dewan Berlian di Majlis Perbandaran Kemaman.

Perserta-peserta kelihatan mula memenuhi segenap ruang di Dewan Berlian untuk sesi pendaftaran yang bermula sekitar jam 8.30 pagi tadi.

Program Ijtimak Siber yang julung-julung kalinya diadakan itu bakal menampilkan panel-panel yang hebat seperti Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Supyan Hussin.

Program yang akan berlangsung selama satu hari itu turut menampilkan Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang yang akan berucap pada perasmian penutup petang ini.

Ijtimak Siber mengumpulkan semua pengiat-pengiat media sosial daripada seluruh Malaysia.

Program itu dianjurkan oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Indipenden (K.A.M.I).
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: