Thursday, 21 February 2019

Rakyat Terengganu Boleh Mohon Tanah

SHARE

Oleh: Hidayah Azlin

SETIU, 21 Februari - Seluruh rakyat Terengganu layak untuk memohon tanah bagi menjamin keselesaan hidup mereka selagi memenuhi syarat yang ditetapkan.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata, pemohon mestilah berusia 21 tahun ke atas dan anak kelahiran Terengganu serta tidak pernah menerima pemberian tanah dari kerajaan.

“ Semua yang menepati syarat layak membuat permohonan tanpa mengira latar belakang pekerjaan.

“Permohonan tanah bukan untuk orang miskin sahaja, tapi untuk orang yang belum pernah terima tanah. Silap kalau beranggapan kakitangan kerajaan tak layak mohon tanah sebab sudah kerja makan gaji,”ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika sesi turun padang berdialog bersama warga Kampung Cabang 3 Oh, Kampung Jabi, Kampung Gong Dasar dan Kampung Bakap di Dewan Sivik Jabi, di sini, baru-baru ini.

Dr. Azman berkata, sekiranya pernah mendapat tanah RTB samada RTB Pertanian atau RTB Tanah Kediaman, atau tanah haram yang diberikan kelulusan bayar jelas, ia dikira sudah pernah dapat tanah pemberian kerajaan dan tidak layak lagi membuat permohonan.

“Bagi mereka yang bukan kelahiran Terengganu dengan makna kod kad pengenalan bukan 11, mereka layak memohon kerakyatan Terengganu sekiranya sudah menetap di Terengganu melebihi 10 tahun.

“ Dengan itu, ia akan melayakkan permohonan tanah di negeri bertuah ini sekiranya permohonan kerakyatan diluluskan,” ujarnya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: