Oleh: Nizam at-Takiri
KUALA NERUS, 13 Februari – Pusat Khidmat Ahli Parlimen
Kuala Nerus akan terus memainkan peranan dalam menyediakan pelbagai kemudahan
seperti aktiviti kebajikan, kemasyarakatan, pembangunan belia dan pelbagai lagi
untuk rakyat kawasan tersebut.
Timbalan Ketua Sekreatariat Pusat Khidmat,
Ustaz Hafeez Ahmad berkata segala urusan yang berkaitan keperluan rakyat telah
disusun mengikut keperluan untuk perhatian pihak Ahli Parlimen Kuala Nerus,
Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bagi tindakan susulan.
“Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus
merupakan pengantara utama rakyat Kuala Nerus dengan wakil rakyat dan kami
akan terus membantu serta memberi
bantuan kepada rakyat Kuala Nerus yang amat memerlukan pertolongan dan bantuan.
“Permohonan bantuan rakyat juga telah
diterima untuk diproses dan diluluskan mengikut keperluan sama ada diuruskan
oleh parlimen atau dihantar kepada Dewan Undangan Negeri(DUN) yang berkaitan,”
katanya ketika ditemui dalam penyampaian
bantuan di Kampung Kesom Haji Hussin, Dun Buluh Gading, semalam.
Dalam program lawatan tersebut, sebanyak
lima buah keluarga dilawati oleh Ahli Parlimen dan Sekretariat Pusat Khidmat
Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Menurut Hafeez, program itu merupakan
program rutin yang sentiasa diadakan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala
Nerus dari semasa ke semasa bagi membantu meringankan beban yang ditanggung
oleh rakyat yang berpendapatan rendah.
0 komen: