![]() |
Foto - Hidayah Azlin |
SETIU,
12 Februari - Masalah jenayah dan keruntuhan moral di kawasan kampung memerlukan
kerjasama semua pihak terutama daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ahli
Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, hubungan erat yang
dijalin akan menjadikan semua pihak peka tentang maklumat terkini bagi menghadapi situasi yang
berlaku di dalam komuniti masing-masing.
"Masalah
ini perlu kita tangani dengan adanya kerjasama bersama pihak polis.
“Pihak
polis sendiri sukar menyelesaikan masaalah ini melainkan dengan adanya bantuan
daripada MPKK yang menyalurkan maklumat," ujarnya ketika berucap di Majlis
Perjumpaan Polis Bersama Masyarakat di Dewan Sivik Jabi semalam.
Turut
hadir, Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Mohd Zamri Mohd Rowi.
Dalam pada itu, Shaharizukirnain mengingatkan MPKK agar mengambil tanggungjawab menangani masalah kerosakan akhlak di kalangan masyarakat khususnya orang muda.
"Kita
mahu MPKK bukan sekadar bermesyuarat, berbincang bagaimana untuk
mempertingkatkan infrastruktur, kebajikan untuk masyarakat sahaja tetapi turut
menitikberatkan perkara ini.
“Insya-Allah
jenayah akan dapat dikurangkan walaupun susah kita hendak sifarkan semuanya
untuk menjadikan negeri ini Maju, Berkat dan Sejahtera,” ujarnya.
0 komen: