Tuesday, 19 February 2019

Penderitaan Pesakit Kulit Kronik Dapat Perhatian

SHARE


Oleh: Abdul Hafiz Ghazali

KEMAMAN, 19 Februari- Penderitaan Umi Kalsum Ibrahim,55, yang terlantar akibat penyakit kulit kronik ‘proriasis’ di Kampung Chendor Baru mendapat perhatian Zahiyah Rahman isteri Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Hanafiah Mat yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai.

Zahiyah meluangkan masa melawat Umi Kalsum di kediamannya bersama kepimpinan setempat termasuk kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) bagi menyampaikan sumbangan.

Umi Kalsum yang mempunyai enam anak menderita penyakit kulit kronik sejak dua tahun lalu.

Tanggungjawab menyara keluarga itu sebelum ini dipikul oleh suaminya, Alias Che Jusoh,62, namun terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu van sejak Umi Kalsom terlantar kerana ingin menjaga isterinya itu.


Sementara itu Zahiyah berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan yang besar menerusi Tabung Darul Iman untuk membantu pesakit kronik dan mangsa bencana yang benar-benar memerlukan pembelaan.

“Umi Kalsom tidak pernah menerima segala bentuk bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini.

“Kes ini akan segera dipanjangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi Umi Kalsom di rumahnya, semalam.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: