Tuesday, 5 February 2019

Ops Angpau Kekang Jenayah Syariah

SHARE
Foto - Wan Luqman Hakim
Oleh: Afif Fidee

KUALA TERENGGANU, 5 Februari - Operasi Angpau (Ops Angpau) dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan, Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus bertujuan memantau jenayah syariah sempena cuti Tahun Baru Cina, awal pagi tadi.

Operasi melibatkan kekuatan 30 anggota penguat kuasa tetap dan sukarela itu mensasarkan beberapa kawasan baharu di kedua-dua daerah yang dikenal pasti sepanjang operasi rondaan.

Dalam operasi berkenaan, sepasang kekasih turut ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Pasangan tersebut yang merupakan penuntut sebuah  universiti di sini ditahan ketika didapati berdua-duaan dalam sebuah bilik di sebuah hotel bajet di bandar Kuala Terengganu.

Pegawai Jabatan Agama Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus, Azmi Tengah memaklumkan, kedua-dua penuntut terbabit dikenakan caj di bawah Seksyen 31 di dalam Enakmen yang sama.

“Mereka akan dikenakan denda tidak melebihi RM 3,000 sebagaimana yang diperuntukkan atau dua tahun penjara jika gagal menyelesaikan denda tersebut,” katanya.

Menurut Azmi, Ops Angpau yang dijalankan tidak melibatkan pelanggaran kepada mana-mana seksyen-seksyen di dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah,Takzir Terengganu.


Operasi tersebut berakhir sekitar 4.30 pagi tadi setelah berlangsung selama empat jam.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: