Tuesday, 19 February 2019

NGO Sebagai Mata Dan Telinga Kerajaan

SHARE

Zuraida Md Noor

Oleh : Amiirullah Mansor

DUNGUN, 18 Februari – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran supaya lebih peka dalam menjalankan tanggungjawab mereka membantu kerajaan menjaga kebajikan rakyat yang memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, NGO ini akan menjadi mata dan telinga untuk menyampaikan maklumat kepada peringkat atasan.

"Kadang - kadang kita tidak tahu permasalahan masyarakat kita di kawasan terpencil, maka NGO menjadi satu jambatan kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat mengenai perkara ini.

"Hal ini sekaligus merealisasikan hasrat negeri  iaitu Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera," katanya ketika merasmikan Majlis Hi-tea & Pelancaran NGO Pesatuan Hawa Prihatin Dungun (PERHATIN) di Mayang Sari Resort Dungun, di sini, baru-baru ini.

Zuraida berkata, penyertaan masyarakat dalam NGO dapat memberi kepuasan kerana dapat memudahkan urusan kerajaan.Selain itu, ia juga berperanan sebagai pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dan berakhlak baik.

Menurutnya, walau sehebat mana jawatan dalam NGO, peranan sebagai isteri perlu dikekalkan demi menjaga institusi keluarga di samping mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat.

Jelasnya, penyertaan masyarakat dalam NGO secara tidak langsung mampu mewujudkan kekuatan dalam diri untuk menjayakan sesuatu program walaupun tidak dibayar gaji.

"Yakinlah, jika kita terlibat dalam NGO, insyaAllah Allah akan menghempapkan satu perasaan kemanisan iman, rasa keenakan dalam berjemaah sekaligus menghilangkan rasa letih kerja buat kita.

“Hidup dalam berjemaah juga akan mengeratkan silaturahim sesama kita serta dapat mengenali antara satu yang lain,”ujarnya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: