Saturday, 16 February 2019

Mujahid Siber Harus Bersedia Di Jaringan Siber- Nasrudin Hassan

SHARE
Nasrudin Hassan membentangkan kertas kerja sebentar tadi.


KEMAMAN, 16 Februari - Setiap pengguna media baharu yang memahami etika dalam mengendalikan lapangan itu mesti bersedia untuk berjuang.

Pengerusi Jabatan Kajian Politik Nasional dan Antarabangsa Terengganu Strategic Integerity Institute (TSIS), Nasrudin Hassan berkata media sosial yang ada mesti dikuasai oleh orang yang memahami batas-batas dalam mengendali laman sosial.

Jelasnya, sekiranya media tersebut dikuasai oleh musuh-musuh atau orang yang tiada etika, sesuatu maklumat akan mudah dimanipulasi oleh mereka.

"Kita mestilah pejuang yang sentiasa bersedia untuk duduk di mana saja posisi, kita mestilah mengambil posisi di dalam jaringan siber.

"Jangan sekadar kita berjuang dalam lapangan yang 'real', dengan meninggalkan ruang-ruang kosong di jaringan siber sehingga ianya dikuasai oleh musuh-musuh islam sehingga  mereka menguasai keadaan, maklumat dan masyarakat, " katanya.

Antara peserta yang hadir.

Beliau berkata demikian pada program Ijtimak Siber ketika membentangkan kertas kerja Peranan Kita Menguasai Media Baharu di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, di sini hari ini.

Turut hadir  program itu ialah Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah serta Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Supyan Hussin.

Beliau turut menambah, pengamal media sosial juga perlu memahami setiap isu yang perlu dijawab atau berbahas di ruangan sosial.

Ini kerana, membahas atau mengadakan perbincangan sesuatu isu yang gagal difahmai dengan jelas boleh mengalihkan fokus utama yang patut dibahaskan.

Pandangan atas sekitar ijtimak siber.

"Apabila timbul sesuatu isu kita tidak boleh begitu cepat dan pantas bertindak tanpa terlebih dahulu mengkaji apakah kepentingan isu tersebut.

"Isu tertentu sengaja dicipta untuk larikan isu (fokus) kita, supaya kita bincang isu dia(lain)," tambahnya.

Ijtimak Siber mengumpulkan semua pengiat-pengiat media sosial daripada seluruh Malaysia.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: