Sunday, 24 February 2019

MPKK Disaran Tubuh Khairat Kematian

SHARE



Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU, 24 Februari-  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) disaran menubuhkan badan khairat kematian yang diuruskan masjid atau surau bagi menjaga kebajikan dan meringankan beban pewaris.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, langkah itu sewajarnya dilaksanakan di 34 MPKK di Wakaf Mempelam.

Katanya, sekiranya kampung yang tiada badan khairat kematian, pihaknya akan berusaha menubuhkan badan khairat kematian peringkat kampung supaya perkara ini memberi kemudahan kepada keluarga si mati.


“Kita juga mahu melihat peranan dan fungsi badan khairat itu sendiri bukan sahaja bertindak menguruskan khairat kematian sahaja, tapi kita sedang meneliti untuk melakukan lebih dari itu sehingga ke peringkat membantu menyediakan makanan (tahlil) pada malam pertama hingga malam ketiga kepada keluarga si mati.

“Amalan seumpama ini turut dilakukan pada zaman Rasulullah SAW  para sahabat akan membantu menyediakan makanan kepada keluarga simati dalam tempoh tertentu sehingga keluarga simati merasa tenang sehingga dapat menenangkan emosi mereka,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri berkata sedemikian ketika menyerahkan Kit Pengurusan Jenazah kepada MPKK peringkat MTD Wakaf Mempelam di pejabat DUN Wakaf Mempelam, baru-baru ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: